Tumpuan :
Nasional

Siasatan kes kebakaran ragut 3 nyawa di Ulu Tiram dijangka disiapkan 2 minggu

Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak apabila kediaman mereka di Kampung Oren, Ulu Tiram, di sini, terbakar dalam kejadian pada 17 Januari lalu. – Foto fail Ihsan Bomba

KULAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor masih menjalankan siasatan ke atas kes kebakaran yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Oren, Ulu Tiram di sini, pada 17 Januari lalu.

Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata, hasil siasatan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 14 hari termasuk merangkumi punca kebakaran.

Katanya, sekiranya sesuai, waris mangsa akan dimaklumkan perkembangan siasatan.

“Siasatan masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada waris sekiranya sesuai,” katanya.

Mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan dikenal pasti sebagai Ng Geok Choo, 63, anak perempuannya, Lee Chiw Yong, 30, dan cucu perempuan, Chen Si Jing, 11.

Mereka ditemui dalam keadaan melecur seluruh badan, masing-masing di bilik tidur hadapan dan seorang di bilik air.

Seorang lagi mangsa iaitu cucu lelaki berusia 12 tahun selamat dan cedera di muka serta tangan. Mangsa yang terselamat dipercayai berada di ruang tamu ketika kejadian.

Pengarah JBPM Johor, Siti Rohani Nadir (kanan) beramah mesra bersama pengguna jalan raya di KempenKesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Tahun2025 di Hentian Sebelah Kulaijaya (arah selatan) Lebuhraya Utara-Selatan, Kulai. – FOTO: NSTP

Terdahulu Siti Rohani menyempurnakan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 di Hentian Sebelah Kulai (arah selatan) Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.

Beliau berkata JBPM Johor meningkatkan kesiapsiagaan di dua lokasi risiko kemalangan iaitu di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Yong Peng dan Sedenak.

Beliau berkata, antaranya menerusi emergency response team bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, sepasukan anggota dan jentera akan bersiap sedia di Pejabat Seksyen PLUS di KM100 Yong Peng dan KM41 Sedenak arah utara.

“Kita akan menempatkan jentera bersama Unit ‘Rapid Intervention Motorcycle’ (RIM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Seorang penyelia bersama lapan pegawai akan ditugaskan di lokasi terbabit berikutan ia adalah lokasi strategik yang biasa berlaku kemalangan.

“Ia memudahkan memudahkan untuk menggerakkan mereka apabila berlaku kemalangan ketika musim perayaan ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini