comscore
Tumpuan :
Nasional

Siasatan kes pemilik dera anjing diserah kepada Veterinar

KAJANG: Polis menyerahkan siasatan kes seorang lelaki dipercayai mendera anjing miliknya di sebuah kondominium, di sini, kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Nazron Mohd Yusof memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam jam 12.47 tengah malam pada 2 Jun lalu.

“Kami mengesahkan menerima satu laporan polis berkaitan satu video tular mengenai kejadian seorang lelaki yang berada di balkoni rumah sebuah apartmen di kawasan Batu 9 Cheras, di sini, memukul haiwan peliharaannya dipercayai seekor anjing menggunakan tangan bertalu-talu.

“Kes ini sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau menasihatkan supaya tidak melanggar mana-mana undang-undang di negara ini termasuk perbuatan penganiayaan terhadap haiwan atau mana-mana binatang peliharaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Terdahulu, rakaman video memaparkan seorang lelaki memukul haiwan peliharaanya itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini