comscore
Tumpuan :
Nasional

Sidang DUN : MAHAS tangani isu halal di Sabah

Mohd Arifin pada sidang DUN Sabah. – Foto ihsan Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah

KOTA KINABALU: Majlis Halal Sabah (MAHAS) ditubuhkan setelah dipersetujui mesyuarat Kabinet pada 23 November lalu bagi mengendali dan menyelaraskan isu halal di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata MAHAS berperanan membincangkan serta membuat keputusan berhubung isu halal dan menyelaras tindakan membabitkan bidang kuasa agensi berkaitan produk, bahan atau makanan halal.

Selain itu, katanya, MAHAS berperanan mencadangkan langkah baharu menangani isu halal dengan tertakluk kepada dasar semasa kerajaan dan peruntukan undang-undang.

“Isu kemasukan produk makanan, khususnya daging yang diragui status halalnya dari segi syarak, mendorong kepada penyelarasan pada peringkat agensi kerajaan negeri dengan Persekutuan membabitkan bidang kuasa masing-masing,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, pihaknya turut membantu industri mikro produk makanan dan minuman di Sabah menerusi Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) yang dibangunkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hab bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta SIRIM.

“Ia adalah pengiktirafan bahawa suatu produk itu halal dan selamat (toyyiban) dimakan serta digunakan, di samping mematuhi prinsip makanan dan minuman dalam Islam,” katanya.

Loading...
Terkini