comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sidang DUN: Penjawat awam Kelantan dapat bantuan khas RM1,500 

KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan bantuan khas RM1,500 kepada penjawat awam di negeri itu yang akan dibayar pada Januari tahun depan .

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bantuan berkenaan sebagai menghargai kakitangan awam di negeri itu.

“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberansangkan dan kita mencatatkan belanjawan lebihan selama lima tahun berturut-turut, sudah sampai masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja bersungguh-sungguh.

“Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam RM1,500. Bantuan khas ini paling tinggi direkodkan untuk penjawat awam negeri.

“Jumlah keseluruhan membabitkan sebanyak RM13 juta yang akan dibayar pada Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Loading...
Terkini