comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Simbah lelaki OKU dengan air panas, suspek wanita ditahan


BAYAN LEPAS: Suspek simbah air panas terhadap lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) sindrom down di Jalan Rajawali I-Park, di sini, semalam sudah ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain, berkata wanita berusia 39 tahun itu ditahan di bawah apartment berkenaan pada jam 9.12 malam.

“Polis menahan wanita itu di bawah apartment berkenaan ketika mahu pulang ke rumahnya.

“Kita turut merampas beg tangan dan bekas air yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kejadian.

“Suspek dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai seorang lelaki OKU berusia 33 melecur di bahagian depan dan belakang badan akibat disimbah dengan air panas oleh jirannya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada dalam keadaan stabil.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi rakaman video menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 20 saat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini