comscore
Tumpuan :
Nasional

Sindiket ’Counter Setting’, Pegawai Imigresen dipantau melalui CCTV – Saifuddin Nasution

FOTO: Saifuddin Nasution Ismail / Facebook

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki & Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter pintu masuk negara dipantau melalui kamera litar tertutup (CCTV) bagi memperketat pemeriksaan di kaunter-kaunter pintu masuk negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka yang bertugas juga tidak dibenarkan untuk membawa alat telekomunikasi.

“Bahkan imigresen juga sudah pun mewujudkan pasukan khas yang membuat rondaan sebelum daripada pengembara ini pergi ke kaunter imigresen. jika pasukan ini mengesan mereka ini berlama-lama, 5, 6, 7, 8 jam masih tidak pergi ke kaunter bermaksud sedang tunggu isyarat daripada sindiket’.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu langkah tegas kerajaan dalam menangani sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi ‘counter setting’.

Tambahnya penyelia Imigresen juga akan membuat lawatan mengejut ke kaunter-kaunter petugas.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)  dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perolehan bagi sistem saringan awal penumpang atau advance passenger screening system serta dalam  fasa akhir untuk menaik taraf CCTV yang dilengkapkan audio dan visual di setiap kaunter pemeriksaan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan JJIM sudah mengeluarkan 25,214 notis penolakan masuk (NTL) kepada warga asing pelbagai negara bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Katanya, kerjasama anggota dan pegawai penguatkuasaan pelbagai agensi juga berjaya membongkar 47 sindiket ‘counter setting’ dengan 1,285 anggota dan pendatang tanpa izin  ditahan tahun ini.

Menurut Datuk Seri saifuddin setakat ini agensi terbabit juga  telah mengambil tindakan tatatertib terhdap hampir 300 pegawai dan anggota.

Media sebelum ini,melaporkan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan seramai 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguatkuasa bersekongkol dalam kegiatan ‘counter setting’ di pintu negara ditahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini