comscore
Tumpuan :
Nasional

Sindiket seleweng minyak diesel bersubsidi di Miri lumpuh

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM32.6 juta.

MIRI: Enam individu termasuk empat warga Indonesia ditahan polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Miri dalam satu serbuan ke atas stor tidak bernombor di Krokop Utama, di sini dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Menurut satu kenyataan daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), sebuah kapal tangki minyak, dua unit tug boat, sebuah Toyota Hilux, sebuah lori bonded, lapan peralatan penyimpanan diesel dan 9.1 juta liter minyak diesel bersubsidi turut dirampas dalam operasi itu.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM32.6 juta.

Kesemua tahanan dan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

MCBA adalah penyelaras operasi yang diketuai oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) PDRM Bukit Aman.

“Kejayaan operasi ini merupakan hasil kerjasama erat antara agensi-agensi penguatkuasaan dalam usaha membanteras kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang merugikan negara,” katanya.

MCBA dan JKDNKA akan terus komited dalam menjalankan operasi-operasi sebegini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini