Tumpuan :
Nasional

Sindiket seludup seluar jeans lebih RM19,000 tumpas

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan 129 seluar jeans yang dipercayai diseludup dari Thailand dianggarkan bernilai RM19,350 dalam operasi Taring Wawasan, Khamis lepas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata kesemua seluar itu ditemukan dalam sebuah kereta jenis Naza Citra yang dipandu seorang lelaki di pangkalan haram Pok Mat, Rantau Panjang pada 6.30 petang.

Beliau berkata suspek warga tempatan itu melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa namun berjaya ditahan di kawasan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan terdapat beberapa bungkusan mengandungi 129 helai seluar jeans ditemukan dalam kenderaan itu tanpa dokumen yang sah.

“Suspek dan kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata PGA akan terus mempergiat usaha mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini