comscore
Tumpuan :
Nasional

Sisa Klinikal Negara Meningkat 17 Peratus

KUALA LUMPUR: Sisa klinikal dihasilkan pelbagai institusi yang menyediakan perkhidmatan kesihatan meningkat sebanyak 17 peratus susulan wabak COVID-19 sejak awal Februari.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kementerian menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai sistem pengurusan sisa klinikal (buangan terjadual SW404) komprehensif, dengan semua sisa klinikal akan diasingkan di hospital atau klinik, kemudian dikutip, dihantar dengan kenderaan khas dan dilupuskan di 12 buah fasiliti insinerator di seluruh negara.

Ketika ini, katanya terdapat tujuh syarikat yang dilesenkan oleh JAS bagi mengendalikan semua sisa klinikal yang dihasilkan daripada fasiliti perubatan (hospital/ klinik/institusi perubatan), yang bermula dari kutipan, pengangkutan, rawatan sehingga kepada pelupusan.

Loading...
Terkini