comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SK Permatang Tok Kandu terbakar

 

Oleh: Selwam Arjunan

BUKIT MERTAJAM: Lima bilik darjah musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang.

@buletintv3

Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu di Jalan Kampung Pertama, di sini, mengalami kebakaran kira-kira jam enam petang. Gambar dan rakaman tular di media sosial menunjukkan api sedang marak di sebuah bangunan tiga tingkat. #beritaditiktok #buletintv3 #kebakaransekolah

♬ Suspense – Gold-Tiger

 

Ketika jentera pertama tiba di lokasi, api sedang marak di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

“Anggota bomba dari lima Balai Bomba dan Penyelamat serta Bomba Sukarela berjaya mengawal kebakaran pada jam 6.31 petang.

“Tiga buah bilik darjah musnah 100 peratus, manakala dua bilik darjah terbakar 40 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan ia merupakan sekolah dua sesi, namun murid-murid dan guru telah pulang ketika kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang berada di Pulau Pinang atas urusan rasmi difahamkan akan melawat sekolah terbabit pada malam ini.

Loading...
Terkini