comscore
Tumpuan :
Nasional

Hanya 35 peratus suri rumah mencarum perlindungan bawah SKSSR

FOTO: NSTP

KLANG: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) setakat semalam, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.

Menterinya V. Sivakumar berkata kerajaan amat menggalakkan semua suri rumah di bawah usia 55 tahun untuk mendapatkan perlindungan skim berkenaan serta suami untuk mencarum SKKR bagi pihak isteri masing-masing demi perlindungan dan kebajikan pasangan mereka.

SKSSR yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan, semasa menguruskan rumah tangga.

“Saya juga amat menggalakkan pihak ketiga seperti pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta untuk menaja caruman ini bagi golongan suri rumah,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada penerima di Klang, Selangor.

Beliau berkata setakat 24 Mei lalu,  sebanyak RM167,000 faedah SKSSR dibayar kepada suri rumah berinsurans dan keluarga mereka.

Ia membuktikan SKSSR mampu memberi perlindungan buat suri rumah dan keluarga mereka, sekiranya ditimpa kemalangan, keilatan atau kematian berkaitan pengurusan rumah tangga.

Loading...
Terkini