comscore
Tumpuan :
Nasional

SPECO 2024, asah kemahiran pengucapan awam pelajar secara spontan

DENGKIL: Dalam usaha mengasah kemahiran pengucapan awam dalam kalangan mahasiswa, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Dengkil telah menganjurkan pertandingan SPECO 2024: Speak with Confidence!.

Pertandingan ini antara lain menyediakan landasan serta peluang kepada mahasiswa mempamerkan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dalam pengucapan awam.

Menurut Ketua Pengarah SPECO 2024, Nur Syafiqah Abdul Kadar, format dan peraturan baru yang diperkenalkan tahun ini memberi cabaran kepada peserta.

Seramai 10 peserta dipilih ke pusingan akhir dimana mereka perlu berucap secara spontan dengan tema topik yang dipilih secara rawak.

Tempat pertama dimenangi oleh Bruchel Ryud Anak Gilbert dari program Asasi TESL, tempat kedua milik Ahmad Zarief Adam Budi Hermawan dari program Asasi Undang-undang dan tempat ketiga dimenangi Aina Maisarah Mohd Nazron dari program Asasi Undang-undang.

Majlis penutupannya dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi UiTM, Kampus Dengkil, Profesor Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin@Bharun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini