comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM beku akaun Aman Palestin, dana RM70 juta disalur tujuan lain

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti syarikat lain berjumlah  RM15.868 juta bagi membantu siasatan dakwaan menyalahgunakan wang derma orang ramai.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu siasatan awal mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

SPRM berkata pihaknya membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

Beberapa keterangan saksi-saksi penting juga telah dirakam.

Siasatan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

 

 

Loading...
Terkini