KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Karunaneedi S Munusamy bagi membantu siasatan kes pihaknya.
Alamat terakhir Karunaneedi, 61, adalah di Jalan Sri Damak 22, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit supaya menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Zhafri Mohd Khidzir di talian 014-9429601.