comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM kesan lelaki bagi urusan pertuduhan di mahkamah

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu urusan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki tersebut Mohd Razain Hashim, 45, mempunyai alamat terakhir di No 43A, Jalan Bukit Pandan Bistari 5, Taman Bukit Pandan Bestari, 56100, Cheras.

“Individu tersebut telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi tujuan pertuduhan kes yang telah ditetapkan dan status waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Nur Farah Qamiellah Mohd Faisal di talian 07-2316000 atau 019-8318743 atau e-mel kepada [email protected]. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini