comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM Selangor reman Penolong Pegawai Tadbir terima suapan RM6,000

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang Penolong Pegawai Tadbir kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM6,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 40-an ditahan semalam kira-kira jam 2 petang ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi tadi dan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Januari terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Farah Rosnan.

“Suspek telah ditangkap kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM6,000 daripada sebuah syarikat  pada tahun 2021.

“Wang berkenaan sebagai balasan kerana suspek telah membocorkan maklumat sebut harga bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor yang bernilai lebih RM130,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini