comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM Siasat Isu Pembayaran Royalti Artis

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung maklumat yang dirujuk oleh Presiden Karyawan mengenai isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha-pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan “public performance” di mana royalti-royalti yang dikutip itu tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

Menurut sumber, satu operasi telah dijalankan semalam di empat pejabat yang dipercayai terlibat dalam proses kutipan royalti iaitu PPM, RPM, MACP dan PRISM.

Setakat ini, SPRM sedang mengambil dokumen-dokumen yang terlibat untuk kajian dan penelitian.

Beberapa individu yang terlibat akan dipanggil untuk membantu penyiasatan ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung isu.

Menurutnya, masih terlalu awal untuk memberi sebarang komen berhubung siasatan ini.

“Untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat, semua pihak diminta untuk tidak mensensasikan isu ini dan memberikan masa yang secukupnya kepada SPRM bagi dijalankan siasatan secara telus, adil dan profesional” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Loading...
Terkini