comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM siasat prosedur pemberian kontrak kepada Asia Mobiliti

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tertumpu kepada prosedur pemberian kontrak oleh kerajaan Selangor kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti), yang mempunyai kaitan dengan suami seorang menteri, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Siasatan sedang dijalankan dan ‘area’ yang kita sedang lihat adalah dari segi prosedur tentang pemberian kontrak berkenaan kepada syarikat berkenaan.

“Seperti mana saya nyatakan sebelum ini, setakat ini tidak nampak ada kaitan di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), lebih mudah lagi menteri berkenaan dengan pemberian kontrak berkenaan,” katanya yang ditemui selepas melancarkan buku ‘The Sin of Corruption: A Religious Perspective’ di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Exco Selangor, Ng Sze Han menyatakan Asia Mobility adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di Selangor.

Kedua-dua syarikat itu juga sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi melaksanakan perkhidmatan itu tetapi isu timbul apabila Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility ialah suami Hannah Yeoh, iaitu Ramachandran Muniandy.

Bagaimanapun, SPRM menjelaskan tidak mengesan sebarang percanggahan kepentingan dalam pemberian kontrak DRT oleh kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Hannah itu kerana kerajaan Selangor tidak ada kena mengena dengan KBS.

Tan Sri Azam dilapor berkata, berdasarkan pemerhatiannya dalam pemberitaan di media, projek berkenaan diberikan oleh entiti lain yang tidak kena mengena dengan Hannah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini