comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM sita dua akaun BERSATU

 

PUTRAJAYA: Dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyidddin Yassin.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPRM telah melaksanakan sitaan tersebut pada 11 April 2023 dan telah mengemukakan perintah kepada pihak bank mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

SPRM dalam kenyataannya hari ini memberi penjelasan berkaitan laporan berita akhbar The Edge CEO Morning Brief pada 19 April lalu yang bertajuk, ‘BERSATU asks MACC why two accounts still frozen after 90 days.’

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.

Bagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan bekas Perdana Menteri itu adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.

Program Jana Wibawa dilaksanakan semasa pandemik COVID-19 dan menjadi kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada tahun 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Loading...
Terkini