comscore
Tumpuan :
Nasional

‘SPRM sudah hubungi saya untuk bantu siasatan’

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan beliau sudah dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan yang dijalankan agensi itu.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, berkata beliau akan bertemu dengan SPRM dalam masa terdekat.

Namun, beliau enggan mengulas sama ada siasatan itu berkaitan projek Jana Wibawa atau tidak.

“Saya mengesahkan dipanggil SPRM dan akan bertemu SPRM dalam masa terdekat.

“Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra Tahun Baharu Cina 2023 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, semalam mengesahkan pihaknya akan memanggil bekas Menteri Kewangan itu bagi membantu siasatan projek Jana Wibawa.

Beliau berkata, Tengku Zafrul, yang kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan dipanggil dalam masa terdekat. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini