comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan lelaki terima rasuah RM75,000

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM75,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-an menerima rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengenakan potongan bayaran bagi perkhidmatan kawalan keselamatan sebuah mahkamah di ibu negara.

“Suspek ditahan Selasa lalu kira-kira jam 7.30 petang di sekitar Kuala Lumpur.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara tahun 2019 hingga 2022 dan sudah menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM75,000 dengan tiga transaksi melalui pindahan akaun syarikat proksi dan satu lagi diterima secara tunai,”katanya.

Menurutnya, SPRM turut menyita sebuah kenderaan dan sebuah motosikal disyaki hasil daripada pengubahan wang haram berkenaan.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan perintah reman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Mei ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Atiqah Mohamed.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini