comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM tahan peguam terima sogokan RM1.6 juta

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang peguam, hari ini, kerana dipercayai menerima sogokan bernilai RM 1.6 juta daripada seorang usahawan.

Sumber berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, di sini, kira-kira jam 11 pagi.

“Sogokan itu dipercayai diberikan kepada peguam atas sebab membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan membabitkan usahawan.

“Peguam terbabit ditahan sebaik menerima wang tunai RM 100,000 dan dua cek bernilai RM 1.5 juta daripada usahawan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini