comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM teliti pengumuman peruntukan Nga Kor Ming

FOTO: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau tidak berhubung pengumuman peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Baharu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya belum membuka kertas siasatan, namun mengambil maklum perkara itu selepas dilaporkan media.

“Setakat ini tidak ada. Namun demikian perkara yang disebutkan dalam media itu telah diambil kira oleh pusat penerimaan aduan kita dan kita akan melihat adakah isu yang dibangkitkan itu adalah isu rasuah ataupun tidak”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Terdahulu, badan bukan kerajaan (NGO) Tindak Malaysia mengkritik kerajaan kerana mengumumkan peruntukan dana infrastruktur ke Kuala Kubu Baharu.

Pengumuman dibuat Kor Ming itu didakwa luar biasa serta dianggap langkah tidak tepat kerana PRK DUN Kuala Kubu Baharu sedang berlangsung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini