comscore
Tumpuan :
Nasional

Stadium Shah Alam diroboh Oktober atau November ini

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih menunggu kelulusan permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi kerja merobohkan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya menjangkakan perobohan salah satu mercu tanda negeri itu akan dibuat pada Oktober atau awal November nanti.

“Sekarang saya tengah tunggu KM…. KM dapat, kita akan laksanakan (perobohan) tahun ini.

“Sudah tentu, stadium akan dirobohkan tahun ini. Jika tidak awal Oktober, pada akhir Oktober atau mungkin awal November ini.

Itu sasaran kita.“Insya-Allah, tahun ini kita akan mulakan perobohan dan 2026 akan siap,” katanya ketika mengulas perkembangan terkini perobohan stadium itu selepas ditemui pada majlis perasmian Selangor Property Expo 2023 Anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) di sini hari ini.

Media pada Jun melaporkan, kerajaan negeri sudah menghantar pemohonan KM untuk kerja merobohkan Stadium Shah Alam.

Kerajaan negeri juga dilapor mengumumkan yang mercu tanda Selangor dan fasiliti sekitarnya akan berwajah baharu, menerusi kerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang kosnya dianggar RM787 juta.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini