comscore
Tumpuan :
Nasional

Statistik kemalangan harian akan disiar di media sosial bermula hari ini – JSPT

Jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian pada 14 Mac yang dikeluarkan JSPT di media sosial hari ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menyiarkan data statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian, bermula hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ia susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya yang dilaksanakan baru-baru ini.

Katanya, setiap hari statistik kemalangan jalan raya mengenai kes kemalangan dan kematian akan dikeluarkan secara masa sebenar, dengan mengambil data kemalangan yang berlaku pada hari sebelumnya.

“Penyiaran berbentuk info grafik akan dimuat naik di laman sosial rasmi JSPT seperti Facebook, Instagram dan aplikasi X bermula hari ini dan masa akan dikeluarkan sebelum jam 2 petang.

“Penyiaran Data Statistik ini kepada umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai mengenai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azman berkata, sebanyak 1,999 kes kemalangan jalan raya dengan 12 kematian direkodkan di seluruh negara, semalam.

Beliau turut menasihati agar semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini