comscore
Tumpuan :
Nasional

Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan Kekal

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan, kekal buat masa ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia berikutan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, telah memfailkan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Susulan keputusan berkenaan, suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini