comscore
Tumpuan :
Nasional

Steven Sim nafi dakwaan RM51.69 juta geran latihan hanya untuk satu syarikat

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menafikan dakwaan RM51.69 juta geran latihan Gerak Insan Gemilang disalah guna.

Merujuk Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai HRD Corp, katanya dana itu diagihkan kepada 315 syarikat penyedia latihan dan bukan diperuntukkan kepada satu syarikat sahaja.

“Ada yang katakan bahawa kononnya RM51.69 juta telah dibelanjakan kepada satu syarikat yang mempunyai 3,726 peserta berulang.

“Saya ingin membetulkan pemahaman ini,sebenarnya RM51.69 juta ini melibatkan 315 syarikat penyedia latihan.

“Keduanya, 84% daripada 3,726 peserta, iaitu kira-kira 3,132 peserta mengikuti kursus berulang sebanyak dua hingga tiga kali sahaja dalam tempoh setahun,” katanya di sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

Lantaran itu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengambil langkah melantik juruaudit profesional pihak ketiga bagi meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta sebarang garis panduan dalam isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan kedua-dua badan berkuasa itu.

Tegas beliau, KESUMA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah, tanpa mengira kedudukan dan pangkat mereka.

“Sekiranya siasatan yang dijalankan menjurus kepada mana-mana individu tertentu bersalah, saya tidak akan tergak-agak mengambil tindakan sewajarnya.

“Tidak kiralah berpangkat menteri, timbalan menteri, pengurusan tertinggi ataupun siapa sekalipun, ini komitmen dan iltizam kita.” tambahnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini