PAPAR: Suasana panik menyelubungi Hospital Papar, di sini selepas stor farmasi hospital berkenaan, terbakar malam tadi.
Kakitangan hospital turut kelihatan bertungkus-lumus memindahkan pesakit dan peralatan berikutan kebakaran itu.
Ketika ini, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar sedang melaksanakan operasi pemadaman.
@buletintv3 Suasana panik menyelubungi Hospital Papar, Papar, Sabah selepas stor farmasi hospital berkenaan, terbakar malam tadi. #BuletinTv3 kebakaran #HospitalPapar #Sabah
Ketua BBP Papar, Penolong Penguasa Bomba, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.02 malam.
Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan sebuah stor perubatan farmasi manakala sebuah bangunan bilik makmal kajian hanya terkena bahang.
“Operasi pemadaman masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Operasi memadam kebakaran turut dibantu BBP Kimanis.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.