PETALING JAYA: Pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini akan disalur kepada 5.5 juta penerima sebelum perayaan Deepavali.
Pembayaran bermula 7 November dilakukan secara berperingkat, membabitkan peruntukan RM2.1 bilion.
5.22 juta penerima sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200, manakala selebihnya terdiri daripada penerima baharu yang diluluskan rayuannya.
Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Tahun ini sahaja, kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk manfaat 8.7 juta penerima dalam membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun depan, individu layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mulai hari ini.