comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami isteri cemas bayi terkunci dalam rumah

LABUAN: Sepasang suami isteri cemas selepas bayi lelaki mereka dilaporkan terkunci di dalam rumah mereka di Taman Mutiara, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelemat, JBPM Labuan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.11 petang.

Sepasukan pegawai dan anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi terus bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas. Dalam tempoh tiga minit, pasukan penyelamat bomba berjaya membawa keluar bayi terbabit dan diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya.

Menurut JBPM Labuan, bayi lelaki berusia lima bulan itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Loading...
Terkini