comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami isteri maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda 

MARANG: Sepasang suami isteri menemui ajal selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kejadian berlaku jam 11.50 pagi tadi, di Kilometer (KM) 13.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, berhampiran Bukit Payong, Marang.

Mangsa dikenali sebagai Che Roslan Ab Manan dan Siti Aishah Abu Bakar, masing-masing berusia 58 dan 67 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu dilaporkan baharu sahaja selesai menghantar jualan kuih di gerai berdekatan.

Motosikal mereka dipercayai cuba menukar laluan dari kiri ke kanan jalan.

Bagaimanapun, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki, berusia 24 tahun, dilaporkan tidak sempat mengelak sebelum merempuh pasangan suami itu.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Daerah Hulu Terengganu (HDHT) untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini