comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh 

PETALING JAYA: Suami kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawati iaitu Khairil Anwar ZM Rashidi, 72, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor, petang tadi.

Allhayarham menghembuskan nafas terakhirnya jam 5.12 petang tadi.

Perkhabaran duka itu dikongsi anak perempuannya, Ineesa Irdayanty menerusi hantaran Instagram Story (IGs).

Bagaimanapun Ineesa tidak memberitahu butiran terperinci mengenai pemergian bapanya itu.

“Salam semua. Abah baru pulang ke Rahmatullah pada jam 5.12 petang di Hospital Sungai Buloh.

“Maklumat pengurusan jenazah belum lagi dipastikan. Nanti akan saya umumkan,” katanya.

Melalui hantaran yang sama, Inessa berharap orang ramai dapat berdoa dan memberi sedekah al-Fatihah buat roh bapanya.

“Minta sedekah al-Fatihah dan doakan abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman… Amin. Terima kasih,” katanya.

Allahyarham meninggalkan dua anak iaitu Inessa dan kakaknya, Elza Irdalynna.

Seorang lagi anaknya iaitu pelakon, Allahyarham Benjy meninggal dunia di Medan, Indonesia pada 2021.

Allahyarham Azean meninggal dunia pada 17 Disember 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara.

Sementara itu, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah turut memuat naik hantaran mengenai pemergian Allahyarham Khairil Anwar atau lebih mesra disapa Abang Karl itu dalam media sosial.

Sharifah Shahirah atau Shiera berkata, arwah adalah pendengar setia Suria FM dan sering bertanya khabar.

“Semoga urusan jenazah Abg Karl dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Arwah selalu hantar mesej dan ikuti program Suria FM.

“Semoga tenang di sana… Al-Fatihah.,” katanya.

Meninjau ruang komen, ramai rakan selebriti mengucapkan takziah dan mendoakan semoga urusan jenazah dipermudahkan.

Loading...
Terkini