comscore
Tumpuan :
Nasional

Subsidi Diteruskan, Harga Siling Runcit Ayam Standard RM9.40 Sekilogram

PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

Mesyuarat menetapkan harga siling bagi ayam standard dan telur akan berkuatkuasa bermula 1 Julai ini.

“Mesyuarat juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen/biji bagi gred A, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan ujarnya memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta dan jumlah keseluruhan subsidi RM1.1 bilion sejak 5 februari lalu.

Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

“Kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup,” katanya.

Loading...
Terkini