Tumpuan :
Nasional

Subsidi telur ayam hanya babitkan gred A, B dan C

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Subsidi telur ayam hanya membabitkan gred A, B dan C manakala tiada pengurangan harga untuk gred D dan E.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Mohd Sakhri Mohd Salleh berkata, harga telur gred A adalah RM0.42 sen sebiji, gred B RM0.40 sebiji dan gred C RM0.38 sen sebiji, selepas pemberian subsidi tiga sen sebiji.

Katanya, tiada pemberian subsidi untuk telur gred D dan E.

“Kita juga tidak boleh mengambil tindakan ke atas peniaga yang menjual telur ayam gred D dan E lebih mahal daripada gred A, B serta C,” katanya lapor Harian Metro. hari ini.

Mohd Sakhri yang juga Ketua Penguat Kuasa KPDN negeri mengulas gambar tular menunjukkan harga telur ayam gred A pada RM12.60 sepapan mengandungi 30 biji, RM12.00 (B) dan RM11.40 (C), manakala gred D adalah RM12.80 serta RM10.90 untuk gred E.

“Siasatan mendapati gambar senarai harga telur ayam yang dijual di pasar raya di Paka, Dungun, seperti ditular itu betul tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan kerana telur ayam gred D dan E bukannya bersubsidi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini