comscore
Tumpuan :
Nasional

Sulaiman Md Ali, Abdul Hakim selesai mengundi

Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah tiba di sekolah berkenaan ketika hujan renyai-renyai pada jam 9.30 pagi.

Turut sama mengundi di sekolah berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau tiba di sekolah itu bersama isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada jam 8.50 pagi dan selesai mengundi pada jam 9.30 pagi.

Pada PRU-15, Abdul Hakim berdepan pertembungan empat penjuru di Parlimen berkenaan.

Beliau disaingi penyandang kerusi parlimen itu, Datuk Mas Ermiyatie Samsuddin daripada Perikatan Nasional, (PN), Mutalib Uthman daripada Pakatan Harapan, (PH) dan Handrawirawan Abu Bakar dari Gerakan Tanah Air, (GTA).

Seramai 69,174 pengundi layak membuang undi di kawasan parlimen ini.

Loading...
Terkini