comscore
Tumpuan :
Nasional

Sulaiman Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13

Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini.

Sulaiman, 55, tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 8.20 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu di pintu masuk pejabat pada 8.30 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya bagi menghadiri upacara ringkas selain sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, semalam selepas Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu.

Loading...
Terkini