comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Ibrahim terima menghadap PM di Istana Negara

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, di sini.

Dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ia merupakan tugas pertama Seri Paduka Baginda selepas melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, semalam.

Turut dimuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lalu, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini