comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Ibrahim zahir kebimbangan kes buli siber 

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kebimbangan mengenai masalah buli siber di media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Sultan Ibrahim meminta supaya pihaknya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengambil tindakan tegas tentang masalah terbabit.

“Tuanku bertitah Menteri Komunikasi dan MCMC mesti mengambil tindakan yang sangat tegas”

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen di sini hari ini.

“Sewaktu bertitatah sempena Sambutan Maal Hijrah baru-baru ini mesej yang sama disampaikan iaitu media sosial tidak harus menjadi wadah perpecahan dan sebaran perkara yang mengaibkan.”

Jelas Fahmi beliau turut memaklumkan kepada Sultan Ibrahim berkenaan kes buli siber terhadap pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha di media sosial TikTok.

“Saya pun ada persembahkan secara terperinci tentang perkara ini, Tuanku “is well-briefed”.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini