comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Kedah sertai lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah pagi ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama jemaah lain di Masjid Zahir di sini.

Baginda bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff tiba di Masjid Zahir pada jam 8.45 pagi sebelum bersalaman dengan jemaah.

Turut berangkat ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin serta kerabat diraja negeri Kedah yang lain.

Baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, barisan exco dan pentadbir kerajaan negeri.

Lebih 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad.

Majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada kanak-kanak turut diadakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini