comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan, Keluarga diraja Kedah berangkat rai Majlis Aidilfitri 

Oleh: Kumaran Rajamoney 

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Santapan Besar, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Pada majlis itu, baginda berkenan beramah mesra bersama tetamu jemputan.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Norizan Khazali dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Majlis sambutan Aidilfitri berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Majlis itu turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin.

Sambutan itu juga dihadiri pegawai kanan yang berkhidmat di peringkat negeri dan persekutuan selain pengamal media tempatan yang mewakili Kelab Media Elit Kedah (KMEK).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini