comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Nazrin berbuka bersama media, NGO; terima zakat RM9.2 juta

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mengurniakan zakat perniagaan berjumlah RM9,267,411.61 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini ketika baginda berangkat bagi berbuka puasa bersama-sama wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. – FOTO: NSTP

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berbuka puasa bersama wakil-wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat milik kerajaan (GLC) dan belia di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Aezer Zubir dan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita & Ehwal Semasa TVN, Kamaruddin Mape; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada enam syarikat bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah keseluruhan lebih RM9.2 juta.

Ia membabitkan jumlah zakat antaranya dari Lembaga Tabung Haji (TH) RM7.472 juta; Bank Pembangunan Malaysia Berhad, RM0.947juta dan PINS Network Solutions Sdn Bhd, RM0.3 juta.

Sebelum berbuka puasa dan solat Maghrib, Sultan Nazrin turut berkenan menyertai bacaan tahlil.

Ini disusuli dengan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah bersama tetamu di istana berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini