comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Nazrin Shah berkenan hadir Rumah Terbuka Malaysia MADANI

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Peringkat Negeri Perak di Lost World of Tambun, malam ini. – FOTO: NSTP

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Perak di Taman Tema Lost World of Tambun, hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan beramah mesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Peringkat Negeri Perak di Sunway Lost World of Tambun di Ipoh. – FOTO: NSTP

Keberangkatan tiba baginda pada 8.15 malam disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kira-kira 50,000 pengunjung berbilang kaum hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu, sekaligus berpeluang menyaksikan persembahan artis tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempat berbual dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Pengunjung juga berpeluang merasai sendiri aktiviti menarik di Lost World Of Tambun secara percuma antara jam 6.30 petang hingga 11 malam termasuklah iaitu mandi di Lost World Hotspring dan mengunjungi Night Safari.

Loading...
Terkini