comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Pahang berkenan terima zakat perniagaan lebih RM30 juta  

FOTO: NSTP

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan oleh 14 syarikat korporat berjumlah lebih RM30 juta kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, hari ini.

Baginda diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selaku Yang Dipertua MUIP dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, Datuk Halidan Md Daud, dalam satu kenyataan,memaklumkan kutipan zakat harta pada tahun lalu meningkat sebanyak empat peratus iaitu sebanyak RM215.1 juta berbanding RM206.9 juta bagi tahun 2022.

Beliau berkata penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dengan potongan gaji diikuti zakat perniagaan yang diterima menerusi badan korporat dan perniagaan lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini