comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Selangor berkenan cemar duli ke istiadat Dewan Negeri Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Foto fail

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

SHAH ALAM: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan mencemar duli ke Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San.

Turut mengiringi Baginda DYMM, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Istiadat pembukaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Selangor sejurus keberangkatan tiba Sultan Selangor sebelum Baginda berkenan memeriksa kawalan Kehormatan Utama Tentera Laut Diraja Malaysia.

Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Dewan Negeri Selangor lazimnya menyaksikan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan titah ucapan di Dewan Negeri Selangor dan diikuti oleh perbahasan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor.

Persidangan DUN Selangor dijadual berlangsung 10 hari bermula hari ini sehingga 11 Mac.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini