comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Selangor berkenan sampaikan sumbangan kepada 489 asnaf

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya 1445H bertempat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini.

Turut berkenan berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 489 asnaf dari daerah Petaling dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM244,500.

Dalam majlis yang sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada 2 buah syarikat korporat sebanyak RM1.36 juta.

Baginda seterusnya turut menunaikan solat Maghrib, Isya’ dan solat sunat Tarawih bersama rakyat.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini