comscore
Tumpuan :
Nasional

Sungai di Melaka, Johor lepasi paras bahaya

FOTO: JPS Melaka

Oleh: Baharuddin Mohamed

MELAKA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran paras bahaya bagi Sungai Duyong di Melaka dan Sungai Muar, Johor, pagi tadi.

Menerusi laman Facebooknya, JPS berkata, hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak awal pagi tadi menyebabkan paras air Sungai Duyong di daerah Melaka Tengah melebihi paras bahaya.

“Paras air di Sungai Duyong, telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.14 meter, namun selepas hujan berhenti, ia menunjukkan trend penurunan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, paras air di Sungai Muar di stesen Sungai Gemak di Kampung Lubok Kepong diramalkan melepasi aras bahaya sebanyak 0.02 meter.

FOTO: JPS Melaka

Trend paras air sungai tersebut menunjukkan peningkatan menaik dan dijangka melepasi aras bahaya hari ini.

Sementara itu, dua sungai di Pahang iaitu Sungai Luit, Kampung Subuh, Maran dan Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis berada dalam tahap amaran.

Bagaimanapun, trend aras air menunjukkan penurunan sejak pukul 10.15 pagi tadi.

Amaran bahaya dikeluarkan apabila aras air sungai mula melimpah dan boleh menyebabkan banjir.

Operasi pemindahan mangsa akan dilaksanakan jika perlu.

Loading...
Terkini