Tumpuan :
Nasional

Sungai Peneh, Sungai Tumpat di Kemaman lepasi paras amaran

Kenderaan anggota penyelamat digunakan untuk memindahkan penduduk di sekitar Kemaman. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend menaik susulan hujan berterusan yang melanda negeri ini sejak malam tadi.

Setakat jam 7 malam, dua sungai direkodkan melepasi paras amaran manakala tiga sungai lagi melepasi paras waspada manakala yang lain masih berada pada paras normal walaupun menunjukkan peningkatan.

Berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Peneh di Kampung Felda Mengkawang (F1) di Hulu Terengganu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman.

Sungai Peneh merekodkan bacaan 37.39 meter (m) berbanding paras normal 35m manakala Sungai Tumpat pula mencatatkan bacaan 2.63m berbanding paras normal satu meter.

Tiga lagi sungai yang melepasi paras waspada adalah dua di Setiu dan satu di Besut.

Di Setiu, ia membabitkan Sungai Setiu di Kampung Besut dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok masing-masing dengan bacaan 16.78m dan 7.64m.

Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut kini mencatatkan bacaan 33.12m berbanding paras normal 28.5m.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini