comscore
Tumpuan :
Nasional

Sungai Triang masih lepasi paras bahaya

Foto hiasan

KUANTAN: Sungai Triang di Triang, Bera masih melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi, hari ini.

Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras air Sungai Triang merekodkan bacaan 34.87 meter (m) berbanding 34.50m yang ditetapkan.

Sementara itu, paras air tiga sungai iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran melepasi paras amaran.

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Belat di Seri Damai, di sini.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihati peka dengan keadaan cuaca.

Katanya, sekiranya diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa, penduduk segera berbuat demikian untuk memastikan keselamatan.

“Bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, seramai 896 pegawai dan anggota APM Pahang bersiap siaga pada bila-bila masa,” katanya.

Empat sungai pula melepasi paras waspada iaitu Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab, Temerloh dan Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini