comscore
Tumpuan :
Nasional

Surat edaran pertandingan ‘Zakar Siapa Paling Besar’ palsu

IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya ada mengeluarkan surat edaran bahawa kononnya ditulis oleh ‘Pengarah Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit’ Cawangan Negeri Perak.

Surat itu tular di WhatsApp sejak pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi satu kenyataan di laman Twitter pada hari ini.

Menerusi kenyataan itu, pihak KKM mengesyaki ia dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta menegaskan bahawa KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan itu.

“Untuk makluman, KKM tidak mempunyai Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan.”Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

KKM juga menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum dikongsikan.

Terdahulu, satu surat edaran tular di aplikasi yang mendakwa KKM Cawangan Negeri Perak akan melakukan pemeriksaan alat kelamin melibatkan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Lebih mengejutkan, surat edaran yang tular itu juga mendakwa ukur panjang dan lebar zakar penuntut lelaki akan dimuat naik pada laman sesawang KKM untuk tujuan pertandingan ‘Zakar Siapa Paling Besar’ yang boleh ditonton secara langsung melalui Facebook Live.

Loading...
Terkini