comscore
Tumpuan :
Nasional

Surat tawaran bagi musim haji 1445H/2024M akan dikeluarkan bermula hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Surat tawaran kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1445H/2024M akan dikeluarkan bermula hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal haji perlu menjawab surat tawaran terbabit dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI.

Katanya lagi, kadar bayaran haji untuk seorang bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama tunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40.

“Kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji tahun ini pula meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu.” katanya.

Berita lanjut menyusul

Loading...
Terkini